Showing posts with label NOVEL SEJAMBAK BAKTI T1. Show all posts
Showing posts with label NOVEL SEJAMBAK BAKTI T1. Show all posts

Tuesday, December 18, 2018

Konsep pengajaran:
Pengajaran ialah suatu perutusan, amanat, peringatan, dan pedoman yang hendak diberitahu oleh pengarang kepada seseorag.

pengajaran lazimya disampaikan secara tersirat dalam sesebuah novel, cerpen, sajak dan sebagainya.



PENGAJARAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI


Dalam novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I ini terdapat banyak pengajaran yang boleh dijadikan teladan dan pedoman dalam menjalani kehidupan kita.  Antaranya ialah:

1.  Kita haruslah bekerjasama untuk mencapai kejayaan.

contohnya:
Ahli lembaga pengarah koperasi  iaitu Razali, Ramlah, Swee Lan, Saridevi, cikgu Zulkifli dan cikgu Robeah, bekerjasama membersihkan tempat pemeliharaan ayam, mengemaskan kedai kopsrasi,  dan bilik bacaan untuk persediaan Pertandinan Koperasi Sekolah.

2.  Ibu bapa haruslah menyayangi anak-anak mereka.
contohnya:
Mak Sopiah sangat sayang akan anaknya, Razali.  Dia turut berasa sedih apabila anaknya berduka.  Mak Sopiah sanggup merahsiakan ayah kandung Razali semata-mata tidak mahu kehilangan Razali.

3.  Kita hendaklah insaf setelah membuat kesalahanan dan berusaha untuk membaiki diri kita.
Contohnya:
Munir insaf atas segala kesalahannya setelah dijatuhi hukuman rotan di hadapan perhimpunan dan digantung persekolahannya selama seminggu.

4.   Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan.
Contohnya:
Sebagai anak tiri, Razali tabah menghadapi layanan Pak Zakaria yang agak teruk. Dia sentiasa sabar walaupun ditegur oleh Pak Zakaria sebagai pencuri, sombong dan suka berlagak. 

Razali tabah walaupun rindu akan bapa kandungnya.   Razali tetap tabah untuk berhadapan dengan khabar angin yang mendakwa dia sebagai pencerobah kedai koperasi dan pencuri.  .

5.   Sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa bersedia menolong orang yang memerlukan atau orang yang dalam kesusahan.
Contohnya:
Razali  membantu Ramlah, Swee Lan, Saridevi dan Munir yang menghadapi masalah dalam pelajaran.

Ramlah juga mengamalkan nilai tolong-menolong. Contohnya dia membantu Razali untuk melengkapkan minit mesyuarat


6.   Kita hendaklah sentiasa bertanggunggjawab untuk melaksanakan semua tugas yang telah diamanahkan 
contohnya:
Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.

7.   Kita mestilah mengamalkan sikap baik hati dalam kehidupan supaya disayangi oleh orang.
Contohnya:
Razali sanggup memaafkan segala kesalahan Munir dan membantunya dalam pelajaran.




Sunday, December 16, 2018

GAYA BAHASA NOVEL SEJAMBAK BAKTI


GAYA BAHASA

1. Peribahasa
Contohnya:
“Kau memang busuk hati, dengki!” cemuh Munir (Halaman 67)
Pucuk dicita, ulam yang mendatang, begitulah hajat Munir yang sebenarnya (Halaman 102)
2. Simile
Contohnya:
Kakinya seperti terpaku di tanah.
3. Metafora
Contohnya:
Razali memaku dirinya di tanah.
4. Sinkope
Contohnya:
“Kami nak belajar di pondok tu, emak.” sahut Razali.
5. Anafora
Contohnya:
“Dia … dia …” kata Munir terputus-putus. “Dia apa?” sergah Cikgu Syamsudin.
“Dia terlalu rapat dengan Ram … Ramlah, cikgu,” jelas Munir, ketakutan.
6. Repetisi
Contohnya:
“Hidup Koperasi SMTPSK! Hidup Koperasi SMTPSK! Hidup Koperasi SMTPSK!”

Penulisan Pendahuluan Rumusan SPM

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian  buat satu rumusan tentang   persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan...