Friday, December 14, 2018

WATAK UTAMA DAN WATAK SAMPINGAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI


WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN

Watak Utama :  Razali
·         Anak kepada Mak Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria.
·         Sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah Koperasi sekolah,
·         Remaja lelaki berusia 17 tahun
·         Belajar di Tingkatan 5SC1, Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan

Perwatakan:
1. Seorang yang rajin
Contoh:
Sebagai pelajar, Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering mengulang di pondok yang terletak di tengah sawah.

2.  seorang yang bertanggungjawab
Contoh:  
·         Razali sentiasa menjalankan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasinya dengan bertanggungjawab dan berusaha untuk memajukan koperasi sekolahnya.  Akhirnya sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam pertandingan koperasi peringkat daerah.

3. seorang yang suka membantu orang lain.
 Contohnya
  • dia telah membantu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi dalam pelajaran.
  • Razali juga membantu Munir  yang ketinggalan dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM

4.  seorang yang menghormati orang tua.
 Contohnya
  • walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya.

5. Seorang yang pemaaf
    Contohnya
  • Razali segera bersalam dengan Munir dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan segala kesalahan Munir terhadapnya.

6.   seorang yang pandai dalam pelajaran
Contohnya:
  • Razali pandai dalam mata pelajaran Perdagangan.  Dia telah mengajar Ramlah, Saridevi, dan Rozita tentang Penyata Wang Tunai sehingga rakan-rakannya benar-benar faham.

7.    seorang yang ikhlas.
Contohnya:
  • Dia sanggup menerima Munir sebagai sahabat walaupun Munir pernah memukulnya dan membuat fitnah terhadapnya, malahan sanggup membantu Munir dalam pelajaran setelah Munir insaf akan kesalahannya.

 WATAK SAMPINGAN

WATAK 
1. Munir
·         Munir berasal daripada keluarga yang berada.
·         Munir ialah salah seorang ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.

Perwatakan
 .
1. Seorang yang tidak bertanggungjawab
Contoh:
Munir ialah ahli lembaga pengarah yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia sanggup ponteng dalam tugas di kedai koperasi sekolah dan bermain bola di padang.

3.   seorang yang cemburu 
Contoh:

Munir cemburu apabila melihat Ramlah sering bersama dengan Razali. Dia sanggup memukul Razali di tengah jalan ke rumah. Dia juga membuat fitnah bahawa Razali telah mencerobohi kedai koperasi.

4.  Seorang yang insaf akan kesalahan diri
Contoh:
Munir telah insaf akan kesalahan dirinya setelah dirotan di depan perhimpunan. Dia telah meminta maaf kepada Razali dan keluarga Razali kerana telah memfitnah Razali mencuri wang koperasi.

5.  Seorang yang suka berbohong.

Mak Sopiah
·         Ibu kepada Razali dan isteri kepada Pak Zakaria.
·         Bekas isteri kepada Pak Ramli. Dia telah bercerai dengan Pak Ramli 16 tahun yang lalu, iaitu semasa Razali baru berumur satu tahun.
Perwatakan:
1.  seorang yang penyayang.
Contohnya :
Dia sangat sayang akan anaknya Razali.  Mak Sopiah sangat membela Razali malah mengikut Razali keluar dari rumah jika suaminya hendak menghalau Razali keluar dari rumah itu. Dia tidak mahu memberitahu keadaan ayah kandung Razali kepada Razali kerana tidak mahu Razali meninggalkannya.

2.  seorang yang mesra.
Contohnya:
Mak Sopiah melayani kawan-kawan Razali dengan ramah-tamah dan menghidangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka ketika mereka datang untuk belajar bersama-sama Razali.

Cikgu Zulkifli
·         Guru di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
·         Orangnya tinggi lampai, rambutnya genjur dan berkumis.
·         Guru disiplin dan guru koperasi sekolah

Perwatakan:
1.   seorang yang bertanggungjawab
Contohnya:
Cikgu Zulkifli sangat bertanggungjawab terhadap Koperasi Sekolah.
Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah, Cikgu Zulkifli sentiasa memberikan perhatian dan bantuan untuk memajukan kegiatan koperasi sekolah.

2.  seorang guru yang dedikasi  
Contohnya:
Cikgu Zulkifli sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menguruskan perniagaan kedai koperasi dan projek ternakan ayam telur di sekolah itu.

3   seorang yang prihati terhadap anak murid.
Contohnya:
 Cikgu Zulkifli prihatin mengambil berat terhadap pelajaran dan tingkah laku pelajar. Beliau sentiasa memberikan nasihat kepada Munir supaya bersikap positif terhadap pelajar dan tugas dalam koperasi sekolah.

4.  seorang yang bijak
Contohnya:
Cikgu Zulkifli Berjaya menyelesaikan misteri kehilangan duit koperasi sehingga memerangkap penceroboh koperasi sekolah dengan menanda duit dengan huruf “K”


Ramlah
·         Seorang gadis berusia 17 tahun
·         Bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
·         Kawan baik dan adik Rasali
·         Ahli lembaga pengarah koperasi

Perwatakan
1.   seorang gadis yang bersikap sopan dan lemah lembut
Contohnya :  Ramlah seorang gadis yang bersikap sopan dan lemah lembut. Keayuannya telah memikat hati Munir.

2.   Seorang yang bertanggungjawab
Contohnya:
Sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah, Ramlah aktif menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab.

3.   seorang yang suka membantu orang lain.
Contohnya:
Ramlah   telah membantu Razali untuk membuat minit mesyuarat lembaga pengarah koperasi sekolah dan membantu Razali ketika Razali dipukul oleh Munir.

4. seorang pelajar yang tekun dalam pelajaran
Contohnya:
 Ramlah, Rozita, dan Swee Lan serta Saridevi meminta Razali supaya dapat mengulang kaji pelajaran yang tidak difahami terutama dalam mata pelajaran Perdagangan.

5.  seorang yang bersemangat setia kawan.
Contohnya:
Ramlah bersikap setia kawan dan dia percaya sepenuhnya terhadap Razali bahawa Razali tidak terlibat dalam kes kecurian dalam kedai koperasi sekolah.


4. Cikgu Syamsudin
·         Cikgu Syamsudin merupakan pengetua Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.

Perwatakan:
1.  seorang yang tegas
Contohnya:
Cikgu Syamsudin bersikap tegas terhadap disiplin pelajar. Oleh itu beliau sanggup mengambil keputusan untuk merotan  di hadapan perhimpunan pelajar terhadap  Munir yang sering melanggar peraturan sekolah dan mencuri wang kedai koperasi.  Beliau berbuat demikian demi meningkatkan disiplin pelajar.

2.  seorang yang prihatin terhadap murid
Contohnya:
 Cikgu Syamsudin sentiasa prihatin terhadap kokurikulum pelajar. Contohnya, beliau memberikan sokongan yang sepenuh terhadap kegiatan koperasi sekolah dan penyertaan Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
Beliau juga prihatin dengan menemukan Razali dan ayah kandungnya serta adik perempuannya Ramlah di bilik pengetua.

5. Pak Zakaria
·         Pak Zakaria ialah bapa tiri kepada Razali dan suami kepada Mak Sopiah.
·         Bekas tentera

Perwatakan:
1.  seorang yang garang
Contoh
Pak Zakaria sering memarahi Razali. Semasa melihat keadaan Razali yang telah dipukul, dia terus mendakwa bahawa Razali suka bergaduh dengan orang lain.   

2. seorang yang mudah mempercayai kata-kata orang
Contohnya:
Zakaria terus mempercayai kata-kata  Munir dan Leong, Pak iaitu berbohong mengatakan Razali telah mencerobohi kedai koperasi dan mencuri wang di dalam kedai koperasi itu. Tanpa usul periksa, Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah.

3. seorang yang pemaaf.
Contohnya:
Pak Zakaria bersifat terus memaafkan Munir apabila Munir meminta maaf atas kesalahannya yang memfitnah Razali sehingga nama keluarga mereka terjejas.


18 comments:

Penulisan Pendahuluan Rumusan SPM

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian  buat satu rumusan tentang   persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan...