Aku
(Rosli K. Matari)
MAKSUD SAJAK
Rangkap
|
Maksud
|
1
| Penulis mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini. |
2
| Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil membayangkan bahawa dirinya itu Nabi Adam. |
3
| Digambarkan bahawa hari tersebut merupakan hari wujudnya nabi Adam iaitu manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan. Baginda buat pertama kalinya dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. |
4
| Baginda tidak pernah mendengar deruan ombak sebelum kewujudannya. |
5
| Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin. |
6
| Baginda juga tidak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di situ. |
7
| Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja dicipta. |
TEMA
Kewujudan diri dan menghayati alam sekitar. Pembaca dipupuk untuk menghayati dan menikmati alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan Tuhan.
PERSOALAN
- Pemeliharaan alam sekitar. Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
- Kepercayaan kepada Tuhan. Manusia pertama dicipta ialah nabi Adam.
- Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Tuhan menciptakan dunia untuk manusia menggunakannya sebaik mungkin.
BENTUK
i. Bebas
ii. Terdapat tujuh rangkap
iii. Baris-baris ayat dan rima akhir
- Rangkap 1 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
- Rangkap 2 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
- Rangkap 3 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
- Rangkap 4 terdapat 3 baris. Rima akhir abb
- Rangkap 5 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
- Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir aab
- Rangkap 7 terdapat 3 baris. Rima akhir abb
GAYA BAHASA
- Sinkope
Contoh: kecuali diriku
- Kata ganda
Contoh: bertiup di mana-mana
- Imej alam
Contoh: laut, langit, pohon, angin, ombak.
- Asonansi-perulangan vokal a
Contoh: kerana aku baru ada
- Aliterasi-perulangan konsonan l
Contoh: laut, langit dan pohon
NILAI
- Percaya kepada Tuhan.
Contoh: aku percaya Kau Pencipta.
- Kesyukuran
Contoh: Aku bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat yang ada di dunia.
- Keinsafan:
Contoh: Adam insaf akan kebesaran dan kekuasaanTuhan
PENGAJARAN
- Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
- Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar terpelihara keasliannya.
- Kita hendaklah menginsafi diri agar tidak melakukan perkara yang membawa kemurkaan Tuhan.
No comments:
Post a Comment