Sinopsis
bagi Novel Sejambak Bakti
Bab
1 Kisah di Kedai Koperasi
Kedai
Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah ditubuhkan
kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu, terdapat seorang pembantu kedai
dan tiga orang ahli lembaga pengarah sedang sibuk melayani pembeli-pembeli
dengan sabar dan baik. Sebagai ahli lembaga pengarah yang bertugas sebagai
jurujual telah menegur seorang pelajar lelaki yang cuba mencuri sebatang pen.
Cikgu Zulkifli masuk ke kedai itu dan memberitahu ahli lembaga pengarah bahawa
pada petang, mesyuarat lembaga pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan.
Norlela sebagai pembantu kedai juga dijemput hadir dalam mesyuarat itu.
Bab
2 Mesyuarat Melaksanakan Harapan
Di
bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, mesyuarat
Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid dan empat orang guru
yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah dengan empat orang guru manakala
pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin telah menjadi Pengerusi Koperasi sekolah itu.
Encik Sulaiman selaku Pegawai Pembangunan Koperasi turut hadir dalam mesyuarat
itu. Pengetua mengucap tahniah kepada Razali kerana dipilih sebagai penolong
setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi sekolah bertujuan untuk
menggalakkan sikap berjimat cermat dan menolong diri sendiri dan antara ahli. Beliau
menyeru supaya semua ahli lembaga pengarah dapat menjalankan tugas dengan penuh
amanah.
Seterusnya
Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu pertama, koperasi
hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua, koperasi akan menjual barang-barang
makanan dan keperluan lain selain alat tulis, pakaian sukan dan buku-buku.
Ketiga, koperasi hendak menubuhkan sebuah bilik bacaan. Ketiga-tiga usul itu
diterima oleh ahli lembaga pengarah dengan sebulat suara.
Bab
3 Perjanjian Membalas Dendam
Munir
berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah
koperasi sekolah. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Sebagai ahli
lembaga pengarah, mereka berasa tidak puas hati atas kemenangan Razali dipilih
sebagai penolong setiausaha. Apabila ternampak Ramlah sedang membantu Razali
untuk menyiapkan minit mesyuarat, Munir cemburu dan menyindir Razali sengaja
mendekati Ramlah.
Bab
4 Persiapan Kedai Operasi
Pada
pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk melayani
pelajar di kedai koperasi. Razali mendapati bahawa Munir, Silvam dan Leong
tidak datang untuk bertugas di kedai koperasi itu. Swee Lan, Ramlah, Harun,
Saridevi dan Razali terpaksa menggantikan tugas mereka. Cikgu Zulkifli berasa
kesal atas sikap Munir dan kawannya. Razali menyenaraikan barangan yang hendak
dijual di kedai koperasi. Mereka juga hendak menyediakan bilik bacaan dan
akhbar dan majalah. Ayah Swee Lan, Encik Aik Hong telah memberikan potongan
harga untuk kedai koperasi atas barangan yang akan dijual di koperasi itu.
Mereka juga mendapat bantuan daripada Encik Aziz selaku tauke kedai buku dengan
potongan harga buku sebagai 20% kepada koperasi sekolah itu.
Bab
5 Cita-cita dan Harapan
Sebelum
pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu Ramlah, Swee Lan dan Saridevi
untuk mengajak mereka menonton tayangan gambar. Bagaimanapun Ramlah dan
kawan-kawannya menolak ajakan itu. Munir berasa marah dan menganggap bahawa
Razalilah yang menyebabkan Ramlah tidak suka akannya. Dia ingin mengajar
Razali.
Keesokan
hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang menyusun rak buku di kedai
koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk surat kepadanya. Ramlah menolak dan
meminta bantuan daripada Razali. Razali menegur Munir. Munir, Leong dan Silvam
meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah juga memberitahukan hal itu kepada
Cikgu Zulkifli.
Bab
6 Persiapan
Razali,
Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa orang ahli
lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam . Sebaliknya Ramlah, Cikgu
Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk mengemaskan bilik bacaan kerana
minggu depan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagain Sekolah akan
melawat ke koperasi mereka. Koperasi sekolah telah memperuntukkan RMm 30 untuk
membeli akhbar dan majalah dalam bilik baca itu. Ketika mereka sibuk
menjalankan tugas pembersihan, Munir bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli
pergi ke padang dan mendapati Munir telah dihalau keluar dari padang kerana
bermain bola dengan kasar. Cikgu Zulkifli menasihati Munir agar melaksanakan
tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah. Munir berjanji bahawa
dia tidak ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli juga memberikan amaran kepada
Munir supaya tidak tulis surat kepada Ramlah lagi. Munir berjanji bahawa dia
tidak melakukan hal itu lagi.
Bab
7 Semangat
Encik
Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian Fungsi
Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri, reban ayam telur dan bilik baca. Beliau memberikan pujian atas
usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu. Dalam
ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan minat berniaga,
semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan generasi muda.
Bab
8. Mempelajari Ilmu Perdagangan
Di
Tingkatan 5C1, Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan telah
membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli perniagaan, tetapi Munir
asyik mengganggu pelajar lain. Akhirnya Cikgu Saiful menahan Munir di dalam
kelas untuk menyalin semua catat sebelum pulang. Ramlah, Swee Lan, Saridevi,
dan Rozita hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang kaji tentang prinsip
akaun. Ketika Munir turut dari tangga, dia ternampak Ramlah dan kawan-kawannya
bersama dengan Razali dengan muka yang masam.
Bab
9 Kerja Rumah
Rumah
Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan kawan-kawannya disambut oleh ibu
Razali , Mak Sopiah dengan mesra. Mak Sopiah menjemput mereka masuk ke dalam
rumah. Bagaimanapun Razali mengajak mereka mengulang kaji di pondok yang
terletak di tengah sawah. Ternyata di situ sungguh nyaman dan sunyi. Mak Sopiah
turut menghidangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka di pondok itu.
Bab
10 Pengakuan
Munir
dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam selaku guru
kaunseling dan guru kerjaya sekolah telah meminta Munir memberikan penjelasan
tentang sikapnya yang suka mengganggu pelajar lain di dalam kelas dan selalu
ponteng ketika menjalankan tugas di kedai koperasi. Munir tidak mengakui
tuduhan itu. Setelah diberi nasihat, Munir mengaku tidak akan berbuat demikian
lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar Munir akan sedar akan kesalahannya.
11.
Melepaskan Dendam
Pada
petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal lalu singgah di tepi
jalan yang menuju ke arah rumah Razali. Mereka menunggu kedatangan Razali.
Ketika ternampak Razali, mereka terus memukul Razali sehingga Razali tersungkur
dan mukanya berdarah. Setelah mereka meninggalkan tempat itu, Ramlah, Swee Lan
dan Saridevi menunggang basikal ke situ. Setelah mengetahui perlakuan Munir,
mereka ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli, tetapi Razali enggan
berbuat demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada ayah tirinya.
12.
Kasih Seorang Ibu
Ketika
Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan anaknya.
Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan ayah tiri Razali,
Pak Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan Razali, Pak Zakaria terus
menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong dan angkuh sehingga bergaduh
dengan orang lain. Mak Sopiah terus mempertahankan anaknya. Pada petang itu,
setelah makan, Razali membaca di pondok yang terletak di sawah itu. Dia kecewa
atas layanan ayah tirinya. Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya
yang sebenarnya. Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali tentang
ayahnya kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.
13.
Dendam Membawa Padah
Keesokan
hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik pengetua kerana terdapat aduan
bahawa mereka dituduh memikul Razali. Setelah disoal siasat, Cikgu Syamsudin
mengambil keputusan untuk merotan Munir, Leong dan Silvam di dalam bilik
pengetua.
14.
Berita Gembira
Cikgu
Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk menyertai kursus
koperasi di Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain
telah memberikan ucapan tahniah kepada Razali. Pada suatu petang, Cikgu
Zulkifli, Mak Sopiah, Harun, Swee Lan dan Ramlah telah tiba di stesen bas untuk
menghantar Razali yang akan menaiki bas ke Petaling Jaya.
15
. Budi Baik Dikenang juga.
Razali
bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi sekolah Malaysia telah
menghadiri kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya selama satu minggu.
Penceramah itu telah menyatakan bahawa generasi muda harus menyedari peranan
koperasi dan dapat menjadi pemimpin koperasi yang berjaya di negara kiga.
Selepas kursus, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi
Malaysia di Kuala Lumpur dan tempat-tempat di sekitar Kuala Lumpur. Razali
berasa amat terhutang budi kepada Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia kerana
memilih mereka untuk menghadiri kursus tersebut.
16.
Kesan Kunjungan
Setelah
seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula. Dalam mesyuarat koperasi
sekolah, Razali telah memberikan laporan ringkas tentang pengetahuan yang
diperoleh daripada kursus itu. Cikgu Syamsudin juga mengemukakan usul, iaitu
sama ada mereka akan menyertai pertandingan untuk memilih koperasi yang maju,
berjaya dan baik pentadbirannya yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Swee Lan memberikan cadangan supaya mereka masuk
pertandingan itu. Akhirnya semua ahli lembaga pengarah bersetuju atas cadangan
itu. Cikgu Hassan mengharapkan semua ahli lembaga pengarah berusaha dan
menunjukkan semangat untuk memajukan koperasi mereka pada tahun itu.
17.
Semakin Jauh Terbang Burung
Untuk
membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli lembaga pengarah
bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal ternakan ayam dan bilik bacaan
mereka sentiasa dijaga rapi. Baik guru penasihat mahupun pelajar sebagai ahli
lembaga pengarah telah sibuk mengemaskan kedai koperasi mereka. Sebaliknya
Munir, Leong dan Silvam ada di padang untuk bermain bola tanpa menjalankan
tugas mereka. Atas arahan pengetua, Munir, Leong dan Silvam balik ke kedai
koperasi. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia terlihat anak kunci
terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya anak kunci itu. Setelah itu,
mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali kerana Razali menjadi tumpuan
pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin membuat sesuatu terhadap Razali
lagi.
18.
Malang Tidak Diduga
Pada
malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan menceroboh kedai koperasi itu.
Keesokan hari, apabila Razali membuka pintu kedai koperasi itu dengan kuncinya,
dia dan kawan-kawannya terkejut kerana semua barangan jualan mereka bertaburan
di lantai dan wang sebanyak RM200 juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan
hal itu kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu Zulkifli mengambil keputusan untuk
melaporkan kejadian itu kepada pengetua dan pihak polis.
19.
Misteri Kedai Koperasi
Dua
orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk membuat
siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan dikopak orang.
Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua memiliki kunci koperasi itu.
Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membuat
siasatan lanjut. Semua guru dan ahli lembaga pengarah tidak percaya bahawa
Razali terlibat dalam kes itu. Munir, Leong dan Silvam telah membuat sindiran
bahawa Razali yang terlibat dalam kes itu. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan
Cikgu Hassan telah berbincang dengan pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan
bercadang supaya mereka cuba merangkap pencuri itu. Mereka bimbang bahawa kes
itu akan mengganggu persiapan mereka untuk masuk pertandingan.
20
Tindakan Ayah Tiri
Ketika
Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong menunggung motosikal ke
arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria bahawa Razali terlibat dalam kes
kecurian kedai koperasi sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria
amat marah akan peristiwa . Apabila ternampak kepulangan Razali, Pak Zakaria
yang berada di beranda terus memarahi Razali sebagai pencuri yang memalukannya.
Dia hendak menghalau Razali keluar dari rumahnya. Mak Sopiah segera keluar dan
membela Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan bahawa jika Razali
dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu juga. Dengan geram, pak
Zakaria mencapai basikalnya lalu menunggangnya dengan tergesa-gesa.
21.
hidup yang Dirundung Malang
Razali
berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari ketenangan di pondok sawah
itu. Dia berasa sedih atas nasib yang malang. Dia tidak tahu di mana ayahnya.
Dia asyik termenung tenang fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Mak Sopiah cuba
menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi, Razali meminta ibunya supaya memberitahu
keadaan ayahnya. Mak Sopiah menangis dan merayu Razali supaya tidak
meninggalkannya. Mak Sopiah tetap enggan memberitahu Razali siapa ayahnya
kerana tidak mahu membangkit peristiwa pahit pada masa dahulu. Razali memeluk
ibunya dan berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati ibunya lagi.
22.
Misteri Berakhir
Cikgu
Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan danMarzuki
bahawa kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu Syamsudin sangat marah
atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid
satu demi satu. Akhirnya Cikgu Hassan berjaya mengesan murid yang menceroboh
kedai koperasi itu, iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Hassan telah mendapat
kunci yang sama dengan nombor kunci kedai koperasi mereka dan sehelai wang
kertas RM10.00 yang terdapat huruf ‘K’ seperti yang ditulis oleh Cikgu Hassan.
Cikgu Zulkifli sangat kesal atas perlakuan Munir. Ketika ditanya oleh Cikgu
Syamsudin, Munir mengakui bahawa dialah menceroboh kedai koperasi untuk
memfitnah Razali kerana tidak suka Ramlah yang sering mendekati Razali. Cikgu
Syamsudin mengambil keputusan untuk menghukum Munir. Beliau akan mengadakan
mesyuarat dengan guru-guru disiplin untuk menentukan hukuman yang sepatutnya.
23.
Hukuman
Mengikut
keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di hadapan
perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa Munir juga diberitahu dahulu
dan mendapat kebenaran dengan harapan disiplin Munir akan berubah. Cikgu Muniam
telah mengumumkan kesalahan yang dilakukan oleh Munir. Munir akan dirotan oleh
Pengetua sendiri dan digantung persekolahannya selama seminggu. Ketika tampil
ke depan, tiba-tiba Munir menghulurkan tangan dan meminta maaf kepada Razali.
Razali mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata
Razali berderaian. Semua warga sekolah terharu. Cikgu Syamsudin mengingatkan
semua pelajar supaya peristiwa itu sebagai pengajaran.
24.
Memasuki Dunia Baharu
Ketika
selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah Razali. Munir datang
untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia mengakui kesalahannya
dan membuat fitnah sehingga menjejaskan nama baik keluarga Razali. Pak Zakaria
memaafkan Munir yang telah insaf akan kesalahannya. Selain itu, Munir juga
datang untuk meminta Razali supaya boleh mengajarnya memandangkan peperiksaan
SPM semakin menjelang. Razali tidak keberatan untuk membantu Munir dalam
pelajaran. Munir terharu atas budi Razali dan merasai dirinya menjadi orang
baharu dalam hidupnya. Dia telah mendapat seorang sahabat baharu.
25.
Harapan Berbunga Indah
Pada
suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGSAKA
datang untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun dan sebagainya di
kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau projek ternakan ayam telur dan
bilik bacaan yang disediakan oleh koperasi sekolah itu.
Pada
pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berbaris
dalam perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri hadir bersama,
termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas. Jabatan Pembangunan
Koperasi Negeri Perlis dijemput untuk berucap dan seterusnya menyampaikan
hadiah. Beliau mengumumkan bahawa Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah
pada tahun itu. Razali dipilih untuk menerima piala daripada pengarah itu.
Semua guru dan pelajar bertepuk tangan dengan gembira. Razali juga dijulang
oleh empat orang ahli lembaga pengarah dan diarak mengelilingi perhimpunan itu.
Setelah
perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria ternampak seorang lelaki tua dan
dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin
berasa ada sesuatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau segera menjemput mereka
ke bilik pejabatnya, termasuk pengarah.
26.
Terbuka Rahsia
Encik
Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia tinggal di Melaka,
anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya seorang polis di kampung. Ramli
mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah bekas isterinya. Kira-kira 16 tahun yang
lalu, dia telah bercerai dengan Mak Sopiah dan meninggalkan anak lelaki .
Ketika itu, dia sebagai tentera di Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria telah
mengambil Mak Sopiah sebagai isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai
tentera, Pak Zakaria telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ.
Sebaliknya Ramli balik ke Melaka dan berkahwin dengan seorang janda beranak
tiga di Melaka. Selama ini, Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya
berada. Mak Sopiah mengatakan bahawa dia tidak mahu memberitahu Razali tempat
ayahnya berada kerana takut Razali akan meninggalkannya.
Razali
dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa ayah yang
dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang berada di bilik itu. Setelah
mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali segera menerpa dan mencium tangan Pak
Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah saudaranya. Mereka tersenyum riang
melihat pertemuan itu. Encik Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri
mengatakan bahawa sungguh besar jasa koperasi sekolah kerana dapat
mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-rupanya bersempena dengan kejayaan
koperasi, Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang dicari-carinya selama ini.
Mereka bersama-sama ketawa dengan riang.
Ada sedikit kesalahan huruf tapi x menjejaskan gramatis ayat
ReplyDeleteYe
DeleteBagus bagi saya dan form 1 yang lain��
ReplyDeleteK
DeleteNope I would rather Kms
DeleteBagus kepada tingkatan 1 mcm buat projek ringkas
ReplyDeletegood luck
Good
ReplyDeleteI'm expecting more!!
ReplyDeleteye..true..me too
Deleteyess me too
Deletewhy u speaking to yourself ?
DeleteKepala otal engkau you expecting more
Delete=)
ReplyDeleteThanks....
ReplyDeleteRasyiqah Maisarah 1
ReplyDeletebagus
ReplyDeletesaya rasa novel ini baik dalam jalan ceritanya.
ReplyDeletebagus. saya yg tingkatan satu lebih faham memahami jalan cerita novel ini. cikgu saya pun menyuruh saya membuat sinosis seperti ini. terima kasih.
ReplyDeleteWalaupun ada tersalah eja,tapi tetap memuaskan
ReplyDeleteMntp sekali ya ...ia sunguh bgs ...saya avril ann nicole
ReplyDeleteTerima kasih....cikgu
ReplyDeleteTerbaik....
ReplyDeleteTerima kasih ...
ReplyDeleteHaish kene salin bab 1 sampai habis berlambak lah keje🙃
ReplyDeleteNanti kenapa buat?
DeleteSearch www.syafiee.cf di google
ReplyDeleteBagussss sangat tq
ReplyDeleteHaiya banyak betul mau di buat
ReplyDeleteJangan buat la tu je
DeleteNice
ReplyDeleteSangat bagus tetapi ada salah ejaan , tidak mengapa ia tetap memuaskan walaupun tangan sakit buat tapi bnyak yng singkatt🤩🤩🤩
ReplyDelete