Thursday, December 13, 2018

LATAR TEMPAT NOVEL SEJAMBAK BAKTI - KARYA REJAB F.I


KONSEP LATAR TEMPAT:
latar tempat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, peristiwa, ciri-ciri dan sejarah di sesuatu tempat dalam cerita.

LATAR TEMPAT NOVEL SEJAMBAK BAKTI.

    
1.  Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
  • Tempat Razali dan rakan-rakannya belajar
  • Ahli Lembaga Pengarah melakukan tugas-tugas yang diberikan  

2.   Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
  • Di tempat itulah Razali dan rakan-rakan bertugas menjaga dan menguruskan kedai sehinggalah koperasi tersebut terpilih sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan.
  • Lembaga hitam menceroboh kedai koperasi pada waktu malam

2. Rumah di pinggir sawah
  • iaitu rumah keluarga Razali yang didiami oleh ibunya, Mak Sopiah dan bapa tirinya, Pak Zakaria.
  • Rozita, Ramlah dan Saridevi datang ke rumah Razali untuk belajar.

3. Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya, Selangor
  • Razali menjalani kursus koperasi selama seminggu untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan koperasi.

4. Sebuah pondok di tengah sawah
  • iaitu tempat yang selalu dikunjungi oleh Razali untuk mengulang kaji pelajaran secara sendirian atau bersama dengan rakan-rakannya Ramlah, Rozita, dan Saridevi
  • Tempat Razali menenangkan  hati setelah dimarahi oleh ayah tirinya
5.  Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
·         Tempat alhli lembaga pengarah koperasi mengadakan mesyuarat untuk membincangkan hal-hal koperasi dan persediaan untuk pertandingan Koperasi Daerah.

      6. Bilik Tuan Pengetua/cikgu Syamsudin
·         Razali bertemu ayah kandungnya Pak Ramli
·         Razali mengetahui bahawa Ramlah merupakan saudaranya

1 comment:

Penulisan Pendahuluan Rumusan SPM

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian  buat satu rumusan tentang   persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan...