Pengajaran ialah suatu perutusan, amanat, peringatan, dan pedoman yang hendak diberitahu oleh pengarang kepada seseorag.
pengajaran lazimya disampaikan secara tersirat dalam sesebuah novel, cerpen, sajak dan sebagainya.
PENGAJARAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI
Dalam novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I ini terdapat banyak pengajaran yang boleh dijadikan teladan dan pedoman dalam menjalani kehidupan kita. Antaranya ialah:
1. Kita haruslah bekerjasama untuk mencapai kejayaan.
contohnya:
Ahli lembaga pengarah koperasi iaitu Razali, Ramlah, Swee Lan, Saridevi, cikgu Zulkifli dan cikgu Robeah, bekerjasama membersihkan tempat pemeliharaan ayam, mengemaskan kedai kopsrasi, dan bilik bacaan untuk persediaan Pertandinan Koperasi Sekolah.
2. Ibu bapa haruslah menyayangi anak-anak mereka.
contohnya:
Mak Sopiah sangat sayang akan anaknya, Razali. Dia turut berasa sedih apabila anaknya berduka. Mak Sopiah sanggup merahsiakan ayah kandung Razali semata-mata tidak mahu kehilangan Razali.
3. Kita hendaklah insaf setelah membuat kesalahanan dan berusaha untuk membaiki diri kita.
Contohnya:
Munir insaf atas segala kesalahannya setelah dijatuhi hukuman
rotan di hadapan perhimpunan dan digantung persekolahannya selama seminggu.
4. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam
kehidupan.
Contohnya:
Sebagai anak tiri, Razali tabah menghadapi layanan Pak Zakaria
yang agak teruk. Dia sentiasa sabar walaupun ditegur oleh Pak Zakaria sebagai
pencuri, sombong dan suka berlagak.
Razali tabah walaupun rindu akan bapa kandungnya. Razali
tetap tabah untuk berhadapan dengan khabar angin yang mendakwa dia sebagai
pencerobah kedai koperasi dan pencuri. .
5. Sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa bersedia menolong orang
yang memerlukan atau orang yang dalam kesusahan.
Contohnya:
Razali membantu Ramlah,
Swee Lan, Saridevi dan Munir yang menghadapi masalah dalam pelajaran.
6. Kita hendaklah sentiasa bertanggunggjawab untuk melaksanakan semua
tugas yang telah diamanahkan
contohnya:
Razali
dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang
lain melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan
koperasi sekolah mereka.
7. Kita
mestilah mengamalkan sikap baik hati dalam kehidupan supaya disayangi oleh
orang.
Contohnya:
Razali sanggup memaafkan segala kesalahan Munir dan membantunya
dalam pelajaran.
No comments:
Post a Comment