Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga
latar masyarakat bekerjasama yang paparkan oleh penulis dalam novel tersebut.
LATAR MASYARAKAT BEKERJASAMA
1. Masyarakat yang bekerjasama menjalankan
peyelidikan sains dan teknologi
Conatoh:
Karl,
Marilyn/Medina, Dr. Maxi dan kakitangan Soft Lab banyak menjalankan uji kaji
dan penyelidikan secara bersama-sama. Melalui
kerjasama tersebut, Karl terlah Berjaya mencipta manusia prototaip iaitu Alia
dan Aqram.
2. Masyarakat
yang bekerjasama dalam memajukan perniagaan yang dibina.
Contoh:
Farisha
bekerjasama dengan Rosman membuka syarikat perunding keselamatan sistem komputer
dengan menubuhkan syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. Syarikat mereka telah
ditawarkan projek yang lumayan oleh Soft Lab dengan nilai RM 1.5 juta.
3. Masyarakat
yang bekerjasama melakanakan amanah yang telah dipertanggungjawakan.
Contoh:
Azraai bekerjasama
dengan ayah dan ibunya menjaga Farisha sejak Farisha berumur 2 tahun dan
memastikan semua mikrocip mesti kekal dalam tubuh Farisha dan Farisha mesti
berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
4. Masyarakat
yang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama.
Contoh:
Aqram bekerjasama
dengan Dr Maxi untuk melemahkan WALL
dalam minda Farisha dan membolehkan Aqram membaca fikiran Farisha. Dr. Maxi telah memebrikan silinder logam atau
dikenali sebagai penetrator untuk
memecahkan WALL dalam minda Farisha.
5. Masyarakat
yang bekerjasama untuk menyelamatkan teknologi canggih yang telaj dicipta.
Contoh:
Farisha bekerjasama
dengan Aqram dan Dr. Maxi untuk menyelamatkan sistem Dinara yang dihasilkan
oleh Karl daripada dimusnahkan oleh virus yang dihantar oleh musuh-musuh Karl.
6. Masyarakat
yang sanggup bekerjasama untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
Contoh:
Dr. Maxi
bekerjasama dengan bapa Azraai dengan ‘menculik’
dan menyembunyikan Farisha yang etika itu berusia 2 tahun bagi menyelamatkan
Farisha daripada terus menjadi bahan uji
kaji dan kemungkinan dibunuh oleh ibunya sendiri iaitu
Medina/Marilyn. Farisha telah diambil
sebagai anak angkat oleh keluarga Azraai.
No comments:
Post a Comment