Monday, December 24, 2018

LATAR MASYARAKAT BEKERJASAMA DALAM NOVEL SILIR DAKSINA


 Latar masyarakat berkerjasama dalam novel
Silir Daksina


1.       Masyarakat yang bekerjasama menghidupkan semula seni waisan tradisi.
Contoh:
Haiqal Hakimi/aiman bekerjasama dengan penduduk Kampung Seri Purnama untuk menghidupkan semula seni warisan tradisi seperti tarian zapin jincat dan Aksara dengan bantuan dan sokongan daripada Tauke Lim/Tauke Ong, Ong See Hwa/ai Ling da seluruh penduduk kampung Seri Purnama.   

2.       Masyarakat yang bekerjasama dalam menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Contoh:
Tauke Ong/Ong Swee Hua/Ailing dan isterinya Puan Khei bekerjasama menjaga rumah peninggalan dan barang-barang kepunyaan Abdullah Kayan yang disimpan di balai raya Kampung Seri Purnama

Masyarakat kampung iaitu Pak Cik Bakar, Tauke Ong, Ong Swee Hwa bersama-sama membantu Haiqal menjejaki sejarah hidup ayahnya Abdullah Kayan.

3.       Masyarakat berbilang kaum yang mengamalkan kejasama bagi mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dan aman damai.
Contoh:
Penduduk Kampung Seri Purnama yang terdiri daripada masyarakat Melayu seperti Abdullah bin Kayan dan masyarakat Cina seperti Tauke Ong hidup dalam suasana yang harmoni dan tolong-menolong tanpa sebarang perselisihan faham. 
Keluarga Abudullah Kayan membantu Tauke Ong yang datang ke kampong itu dengan sehelai sepinggang dan menawarkan kerja menorah getah di kampung mereka kepada Tauke Ong.
Tauke Ong pula sangat pemurah apabila kerap menghulurkan bantuan berbentuk kewangan seandainya ada keramaian di kampung tersebut seperti majlis menyambut kehadira YB Datuk Saiful Azizi.

4.       Masyarakat yang bekerjasama membantu rakan menjejaki sejarah keluarga.
Contoh:
Ong See Hwa dan lazim bekerjasama membantu Haiqal menjejaki sejarah keluarga dengan membawa Haiqal ke balai raya.

5.       Masyarakat yang bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program.
Contoh:
Penduduk Kampung Seri Purnama bekerjasama dan saling membantu bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan dan persembahan zapin D’Purnama pada malam tersebut di peringkat mukim dan dipilih untuk menjadi tuan rumah.
Masyarakat kampung bekerjasama seperti memasang balai, serata, sistem pembesar suara dan persiapan tempat manakala orang-orag perempuan pula bekerjasama membuat persiapan pentas dan jamuan.

6.       Masyarakat yang bekerjasama membantu jiran tetangga yang ditimpa kesusahan.
Contoh:
Abdullah bin Kayan/Amirulnizam dengan senang hati membantu Tauke Ong/Tauke Lim menukarkan bateri kereta wagon dan bersedia menumpangkan anak Tauke Ong, Ong See Hwa/Ai Ling ke sekolah ketika kereta Tauke Ong rosak.

7.       Masyarakat yang bekerjasama menangani masalah sosial dalam kalangan golongan muda.
Contoh:
Pak Cik Bakar dengan kerjasama Haji Jamil, Tauke Ong, Puan Khei, See Hwa dan Lazim berusaha mengaktifkan  semula kumpulan zapin D’Purnama untuk mengelakkan anak-anak muda daripada melepak dan terlibat dengan gejala sosial.

8.       Masyarakat yang bekerjasama dengan menunjukkan sifat prihatin dan sikap mengambil berat terhadap kesihatan orang lain.
Contoh:
Ong See Hwa/Ai Ling menunjukkan sikap prihatin terhadap kesihatan gurunya dengan kerap bertanya tentang kesihatan gurunya, Abdullah bin Kayan yang dilihatnya semakin kurus dan sakit.  Dia juga prihatin terhadap kesunyian dan penderitaan emosi yang dialami oleh gurunya dan turut merasai penderitaan tersebut.


No comments:

Post a Comment

Penulisan Pendahuluan Rumusan SPM

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian  buat satu rumusan tentang   persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan...