Thursday, December 13, 2018

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI

 TEMA :
Tema novel ini ialah kegigihan sekumpulan remaja memajukan kedai koperasi sekolah. 
contoh:
Razali yang bertugas sebagai ahli lembaga pengarah berusaha untuk memajukan koperasi Sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan. Dia dibantu oleh Ramlah, Harun, Swee Lan, dan Saridevi sehingga koperasi sekolah mereka diumum sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan. Walaupun mendapat cabaran seperti kedai koperasi diceroboh sebanyak dua kali, namun mereka tetap bersiap siaga dengan dibantu oleh Cikgu Zulkifli untuk memastikan koperasi mereka boleh menyertai pertandingan.
PERSOALAN :

1.      Persoalan semangat bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas.
·        Razali dan rakan-rakannya seperti Ramlah , Swee Lan dan Saridevi sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah bekerjasama membersihkan tempat pemeliharaan ayam, mengemas kedai koperasi, dan bilik bacaan sebelum menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah

2.      Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya.
·        Mak Sopiah amat menyayangi anaknya Razali.  Apabila suaminya menghalau Razali , dia turut mengugut akan mengikut Razali keluar dari rumah.  Mak Soiah tidak percaya akan kata-kata buruk tentang anaknya.

3.      Persoalan tolong-menolong dalam mencapai suatu kejayaan.
·        Razali sanggup menolong Munir dalam pelajarannya semasa Munir digantung persekolahan dan ketinggalan dalam pelajarannya  Dia sanggup menerangkan tentang pelajaran yang telah dipelajarinya kepada Munir kerana peperiksaan semakin hampIr.


4.     Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja
·         contoh Ramlah tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali menghadapi dugaan seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.
5.     Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akal
·         contohnya Munir yang mendendami Razali gara-gara tidak dapat menjalinkan hubungan dengan Ramlah sehinggakan sanggup memukul dan memfitnah Razali menceroboh koperasi sekolah.
6.     Sifat memaafkan orang lain merupakan sifat terpuji
·         contohnya Razali sanggup memaafkan Munir yang telah memfitnahnya mencuri wang RM200 dari Koperasi sekolah

7.      Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan   hidup remaja
·         contohnya Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya membelasah Razali menyebabkan mereka berdua dijatuhi hukuman rotan oleh pengetua.

3 comments:

  1. Sangat bermanfaat 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻☺️☺️☺️

    ReplyDelete
  2. SANGAT BERMANFAAT -TERMA KASIH - SEMOGA CIKGU DILIMPAHI RAHMAT

    ReplyDelete

Penulisan Pendahuluan Rumusan SPM

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian  buat satu rumusan tentang   persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan...