Thursday, December 13, 2018

PERWATAKAN WATAK UTAMA NOVEL SEJAMBAK BAKTI





WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN

Watak Utama :  Razali
  • Anak kepada Mak Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria.
  • Sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah Koperasi sekolah,
Perwatakan
1. Seorang yang rajin
Contoh:
  • Sebagai pelajar, Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering mengulang di pondok yang terletak di tengah sawah.


2.  seorang yang bertanggungjawab

Contoh:  
·         Razali sentiasa menjalankan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasinya dengan bertanggungjawab dan berusaha untuk memajukan koperasi sekolahnya.  Akhirnya sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam pertandingan koperasi peringkat daerah.

3. seorang yang suka membantu orang lain.

 Contohnya
  • dia telah membantu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi dalam pelajaran.
  • Razali juga membantu Munir  yang ketinggalan dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM

4.  seorang yang menghormati orang tua.

 Contohnya
  • walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya.

5. Seorang yang pemaaf

    Contohnya
  • Razali segera bersalam dengan Munir dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan segala kesalahan Munir terhadapnya.

6.   seorang yang pandai dalam pelajaran

Contohnya:
  • Razali pandai dalam mata pelajaran Perdagangan.  Dia telah mengajar Ramlah, Saridevi, dan Rozita tentang Penyata Wang Tunai sehingga rakan-rakannya benar-benar faham.

7.    seorang yang ikhlas.

Contohnya:

  • Dia sanggup menerima Munir sebagai sahabat walaupun Munir pernah memukulnya dan membuat fitnah terhadapnya, malahan sanggup membantu Munir dalam pelajaran setelah Munir insaf akan kesalahannya.


4 comments:

Penulisan Pendahuluan Rumusan SPM

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian  buat satu rumusan tentang   persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan...